Terima Kasih kerana melawati Laman Blog Pusat Sumber Sekolah.| Dashboard | +Follow

Monday, July 18, 2011

SALAM SYAABAN 1432H

syaaban
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).