Terima Kasih kerana melawati Laman Blog Pusat Sumber Sekolah.| Dashboard | +Follow

Friday, February 17, 2012

Pembugaran Nilam 2012


Pada 17 Februari 2012 (Jumaat) Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pembugaran Nilam untuk Tahun 2012..Majlis dimulakan pada jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan..






Semoga dengan Majlis ini dapat menyuburkan semangat membaca di kalangan pelajar sekolah dan berusaha untuk menggondol gelaran
 Tokoh Nilam Tahun 2012..

Ribuan Terima Kasih kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang telah bersama-sama menjayakan Pembungaran Nilam pada tahun ini =)



Senyum dan Ceria Selalu =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi Pagi dan Sesi Petang 2012


Majlis pelantikan Pemimpin Pelajar bagi Sesi Pagi telah diadakan pada 30 Januari 2012 pada jam 7.30 pagi.. Jannatun Naimah bt Amir dari kelas 5SC telah mengetuai barisan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi pagi tahun 2012..




Bagi Sesi Petang pula telah diadakan pada 13 Februari 2012  di Dataran Wawasan dan di Dewan Lestari yang diketuai oleh Nurril Amira Bt Baharuddin..



Moga-moga dengan pelantikan ini semua Pemimpin Sekolah akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab =)



Senyum dan Ceria Selalu  =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^

Saturday, February 11, 2012

Ucapan Mantan2 Pengerusi Pusat Sumber Tahun 2008-2011


TAHUN 2008-NIZAM JAMAL-
Semoga badan Pengawas Pusat Sumber akan lebih cemerlang dan maju agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan badan-badan yang lain. Demi melahirkan modal insan berkualiti yang mana tanggungjawab perlu dipikul bersungguh-sungguh oleh pengawas pusat sumber amnya dan MT khasnya. Kepada para MT saya berharap menjadi kesinambungan tradisi yang telah berjalan lancar selama ini. ingatlah,orang yang hebat bukanlah orang yang selalu menang tetapi adalah mereka yang jatuh dan berusaha untuk bangun demi kejayaan. Prinsip saya "selami diri,percaya kata hati dan kita akan temui apa yang dicari"

TAHUN 2009-MUHAMAD FAIZAL ZALIP-
Assalamualaikum, dan salam 1Malaysia..

Alhamdulillah, kepimpinan silih berganti, kepimpinan yang lalu menjadi teladan kepada kepimpinan kini, dan kepimpinan kini menjadi pewaris kegemilangan untuk kepimpinan akan datang.

Menjalankn tanggungjawab yang diamanahkan, bukan satu bebanan, tetapi satu peluang untuk diri, menyumbang khidmat bakti kepada badan dipimpin. Jadikan ini sebagai platform untuk mengetengahkan bakat kepimpinan dan pengurusan, kerana peluang yang diberi adalah satu anugerah yang tiada tandingnya.
Bakat kepimpinan tidak datang secara semula jadi, tetapi adalah suatu yang dipupuk atas kesedaran, dan bermula juga dari bangku sekolah lagi.
Akhir kata, jadikan peluang ini sebagai kenangan anda di sekolah. Kenangan pahit manis, suka duka, naik turun dan sebagainya adalah lumrah seorang pemimpin. Sebagai satu unsur KUALITI sepanjang tempoh kita ber- BAKTI.
InsyaAllah, ia bukan diperingkat sekolah sahaja, tetapi untuk sepanjang hayat kalian..
Syabas dan Tahniah, Pemimpin2 Cilik!!


TAHUN 2010-NUR AQILAH AMIRA AMIR-
Jadila manusia yang serba guna. Bak kata perpatah ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’..tidak kira dimana kita berada,berilah sumbangan kepada mereka yang memerlukan.. Semoga adik2 sekalian memajukan PSS dan memantapkan lagi prestasi pss. Jangan malas-malas.Walaupun aktif dalam bidang kokurikulum, bidang akademik juga dititik beratkan....Buktikan kepada mereka yang menganggap kokurikulum merupakan satu bebanan..Selamat berjaya(^_^).


TAHUN 2011-FATIN HANANI ZANALABIDIN-
Assalamualaikum... apa yg akak harapkan  pada adik2 semua ialah di harap dapat buat yang terbaik malah lebih baik daripada akak.. Akak tau bila dah masuk sekolah menengah nie masing2 dah besar..Dah tau mana baik buruk..jadi jika adik2 dapat teguran daripada mana2 MT..jadikan itu satu motivation dan cuba elakkan buat kesalahan.. Sebab jika MT tegur itu bermakna adik2 dah lakukan satu kesalahan..bukan MT saja2 nak bazir ayak liur kat hangpa semua.. Harapan MT2 dan cikgu2 bila tegur adik2 agar adik2 berubah dan jadi seorang yang dihormati...lagi pun adik2 semua dah besar..dah boleh faham apa yang cuba di ampaikan so tak perlulah ditegur berpuluh ribu kali..lagi satu..jika ada yg tak puas hati ke..nak bagi idea kew..Jangan rendamkan..tapi luahkan kongsikan dengan MT atau cikgu..sebab akak tau MT2 n cikgu sentiasa memerlukan idea yg terkini, kreatif lagi inovatif,,ha..gitu. kalau nak share ngan akak pun boleh...akak sedia untuk adik2 semua..kalau ada apa2 nak tanye ke apa ke..selagi akak boleh jawab akak jawab ok..nak tanya pape boleh mesej akak kat facebook faha_chubby@yahoo.com atau Funnywoonie DW..

Moga-moga dengan ucapan Mantan-mantan Pengerusi Pusat Sumber dapat menaikkan semangat Pengawas Pusat Sumber tahun ini untuk menjalankan tugas yang terbaikk dan menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini demi kebaikan Badan Pengawas Puat Sumber Sekolah kita juga.




Senyum dan Ceria selalu =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^

Thursday, February 9, 2012

Pemilihan Pengawas Pusat Sumber Tahun 2012


Proses pemilihan Pengawas Pusat Sumber untuk sesi 2012 telah berjalan selama 2 minggu..Seramai 39 orang pelajar telah ditemu duga sebelum dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah..






Pelbagai gelagat para MT telah temui.. Moga-moga Pengawas Pusat Sumber Tahun ini akan menjadi lebih baik dan Pusat Sumber dapat melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan..


Senyum dan Ceria Selalu =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^

Saturday, February 4, 2012

Sejarah Ringkas Rasulullah SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

  1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  1. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
  1. gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  1. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  1. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  1. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  1. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  1. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  1. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

HAYAT HIDUP RASULULLAH

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH

  1. Khadijah Binti Khuwailid
  1. Saudah Binti Zam’ah
  1. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  1. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  1. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  1. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  1. Zainab Binti Jahsy
  1. Maimunah Binti Harith
  1. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  1. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH

-Qasim--Abdullah--Ibrahim--Zainab--Ruqaiyah--Ummi Kalthum--Fatimah Al-Zahra’-

SAUDARA SESUSU RASULULLAH

-Thuwaibah--Hamzah--Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad--Halimah Al-Saidiyyah--Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib--Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza--Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza--‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza-




Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

-SUMBER-






Senyum dan Ceria Selalu =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^

Friday, February 3, 2012

Majlis Perpisahan Pn Fuziah Md Ali

Pada jam 10 pagi, 3 Februari 2012 telah berlangsungnya Majlis Kenangan Tercipta Memori Indah iaitu Majlis Perpisahan Penolong Kanan SMK Jalan Reko yang telah berpindah ke sekolah lain setelah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua..


Pn Fuziah Md Ali telah berkhidmat selama 10 tahun di SMK Jalan reko..Perpisahan beliau sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada pelajar SMK Jalan Reko..

Majlis yang berlangsung di Dewan Lestari SMK Jalan Reko telah dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa dan diteruskan dengan ucapan Ketua Pengawas SMK Jalan Reko sebagai wakil pelajar iaitu Muhammad Haiqal Bin Abdul Aziz, Ucapan Persatuan Guru iaitu Encik Jalil, Pengetua Sekolah, Pn Rosny Bt Osman dan yang diraikan Pn Fuziah Md Ali.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan
 persembahan yang hebat daripada para pelajar dan guru..

 
Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan Tahniah atas kenaikan pangkat dan Selamat menjalankan tugas di sekolah baharu. Moga Pn Fuziah sentiasa dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan di mana saja Pn Fuziah berada..


Senyum dan Ceria Selalu =)
Kualiti Dalam Berbakti ^_^