Terima Kasih kerana melawati Laman Blog Pusat Sumber Sekolah.| Dashboard | +Follow

Wednesday, November 17, 2010

Jamuan MT (suprise untuk Kak Qila dan Kak Ain)



Jutaan terima kasih diucapkan kepada Nur Aqilah Amira binti Amir dan Nur Ain Nabilah binti Hamzah atas jasa dan pengorbanan terhadap PS bertahun lamanya. Semoga Kak Aqilah dan Kak Ain berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada barisan MT PS yang banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan jamuan ini.

"Kualiti dalam Berbakti"

Lawatan Bowling PS




Jutaan Terima Kasih kepada Cikgu Dalilah dan Puan Sharifah serta Barisan MT PS yang banyak mengorbankan wang, masa dan tenaga untuk sama-sama menjayakan program lawatan bowling PS yang dibuat khas untuk para Pengawas Pusat Sumber yang bersusah payah sepanjang tahun untuk bertugas dan menjadikan PSS sebuah kelab yang aktif.

"Kualiti Dalam Berbakti"

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya!!

Salam Aidilfitri buat semua warga Pusat Sumber dan warga SMKJR.


selamat hari raya aidilfitri Pictures, Images and Photos

Selamat Bercuti dan berhati-hatilah di jalan raya.

"Kualiti Dalam Berbakti"

Wednesday, September 1, 2010

NILAM SEDAERAH 2010 pada 1 September 2010 (sesi petang)



Acara membaca perutusan disampaikan oleh En Zulhemay bin Mohd Jidin, Penolong Kanan Petang SMK Jalan Reko diikuti dengan syarahan oleh adik Mohd Khairi (2KM1) dan deklamasi sajak oleh adik NurHaziqah (2KM1). Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Nilam kepada beberapa orang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Pusat Sumber mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada warga sesi petang kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
BERKUALITI DALAM BERBAKTI...

NILAM SEDAERAH 2010 pada 30 Ogos 2010



Dalam perhimpunan rasmi hari Isnin 30 Ogos 2010 dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu Malaysia Berjaya. seterusnya ucapan perutusan dan perasmian oleh Pn. Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Sebagai pengisian Nilam acara syarahan bertajuk ' 53 tahun Kemerdekaan' dan persembahan puisi bertajuk 'Perjuangan Yang Belum Selesai'. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Nilam oleh Puan Rosny bt Osman kepada beberapa orang pelajar.Pusat Sumber mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Jalan Reko dan seluruh warga sekolah yang telah menjayakan majlis ini.

Berkualiti Dalam Berkhidmat

MINGGU MEMBACA 2010: Jejak Maklumat



Minggu Membaca 2010 telah dilaksanakan pada 14-16 Julai 2010. Dirasmikan oleh Pn. Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Pameran dan jualan buku serta pelbagai aktiviti lain seperti kad separuh harga, bayaran denda lewat pulang 50%, aktiviti jejak maklumat dan kuiz. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti anjuran Pusat Sumber ini. Anda adalah yang terbaik!!

MINGGU MEMBACA 2010: Pameran dan Jualan Buku

Tuesday, August 24, 2010

Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan buat semua warga PSS dan SMK Jalan Reko..
Semoga Ramadhan ini merubah kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya..
Amiin..






"Kualiti Dalam Berbakti"

Sunday, July 25, 2010

Hari Kedua @ Langkawi!!



Semoga pada tahun hadapan kita dapat membuat lawatan yang lebih menyeronokkan lagi bersama-sama!

"Kualiti Dalam Berbakti"


Friday, July 9, 2010

Hari Pertama @ Langkawi !!



Hari Pertama di Langkawi..
Tempat yang dilawati..
=> Kilang membuat gamat , Underwater World , Beras Terbakar , Makam Mahsuri..

"Kualiti Dalam Berbakti"

Wednesday, June 23, 2010

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Pengawas Pusat Sumber akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi seperti butiran berikut:

Tarikh lawatan : 25 hb - 27 hb Jun 2010( Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Bilangan pelajar: 39 pelajar
Bilangan guru: 5 orang

Tempat yang dilawati:

Kota Mahsuri
, Beras Terbakar, Kilang memproses gamat, Kilang batik, Underwater world, Chocolate Valley, Air Hangat, Galeri Perdana, Taman Burung, Mangrove Park, Cable Car, Gunung Macincang, Pekan Kuah, Pantai Cenang, Zoo Taiping, Psumber SMK Jita Kedah.
Harapan pihak pengurusan semoga lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan, kemahiran serta meluaskan lagi prospektif pelajar mengenai tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan juga Pengawas PSumber. Moga lawatan ini juga dapat mendedahkan pelajar mengenai nilai-nilai mencintai alam sekitar dan mencintai negara Malaysia yang tercinta.

Tuesday, June 8, 2010

Aktiviti PSS @ Cuti !



Terima kasih buat warga PPS yang bertungkus-lumus untuk
membuat penambahbaikan di Pusat Sumber.

"Kualiti dalam Berbakti"

Wednesday, April 7, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas PS Junior



Kursus Kepimpinan Pengawas PS Junior
telah disempurnakan pada 1 Mac 2010 telah dihadiri
oleh pengawas 68 orang pengawas2 baru dan lama.
Aktiviti meliputi pengurusan kepustakaan dan kepimpinan. Syabas bagi barisan pemimpin baru.
1 MALAYSIA yeah!

KUALITI DALAM BERBAKTI

Wednesday, March 17, 2010

Operasi Syelek Meja di PS




Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua PPS yang terlibat dalam
usaha untuk membuat penambahbaikan di PS.

"Kualiti Dalam Berbakti."

Tuesday, March 16, 2010

Mesyuarat Agung kali Pertama



Alhamdulillah, Mesyuarat Agung kali Pertama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Kualiti dalam Berbakti"

Watikah Pelantikan




Tahniah kepada Pengawas PS yang memberikan kerjasama dalam menjayakan
Majlis Watikah Pelantikan Badan Pemimpin Pelajar dengan jayanya.

"Kualiti dalam Berbakti"

Lawatan Orang Luar Ke PSS



"Kualiti dalam Berbakti"

Saturday, March 6, 2010

Keputusan STPM PPS

Gambar 1
Gambar 2

Keputusan bekas Pengawas Pusat Sumber yang mendapat 5P di dalam STPM 2009.

Gambar 1 : Muhamad Faizal bin Zalip (Mantan Pengerusi PSS)
Gambar 2 : Deepa a/p Ponnasegra

Tahniah kepada yang Berjaya!

"Kualiti dalam Berbakti"




Thursday, February 11, 2010

Pembugaran Nilam

Pelajar sudi untuk menceritakan semula nilam yang telah dibuat olehnya.
Pn. Zaini (Penolong Kanan Kokurikulum) pun buat nilam.
Pn. Dalilah yang menjadi pengacara pada hari itu.
Pengetua sedang memberi ucapan tentang Pembugaran Nilam.
Pengawas Pusat Sumber yang mengedarkan helaian Nilam. Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pembugaran Nilam ini.

"1 Malaysia , 1 Hari , 1 Buku"
'Kualiti Dalam Berbakti'