Terima Kasih kerana melawati Laman Blog Pusat Sumber Sekolah.| Dashboard | +Follow

Monday, July 18, 2011

SALAM SYAABAN 1432H

syaaban
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?” Mereka menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda : “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :
“Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sunday, March 20, 2011

Majlis Pembugaran Nilam 2011


SELASA 22 Februari 2011 - Majlis Pembugaran Nilam berlansung pada 18hb Februari (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman. Majlis ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah kelolaan Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi.Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.Pada majlis ini juga telah berlansung majlis penganugerahan tokoh nilam serta para pemenang anugerah nilam 2010.Tokoh nilam pada tahun 2010 telah memenangi sebuah basikal sumbangan PIBG SMKJR dan pemenang kedua telah memenangi satu unit portable hardisk 500Gb.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar pada tahun 2011 untuk menjadi antara pemenang tokoh nilam.





sekian,

"KUALITI DALAM BERBAKTI"

Friday, February 25, 2011

Watikah Pelantikan (Sesi Petang)

Bagi Sesi Petang pula , Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar telah berjalan dengan jayanya. Sebanyak 9 badan digabungkan iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , Pengawas Koperasi , Pengawas SPBT , Pengawas Surau, Pembimbing Rakan Sebaya , Badan Pengurusan Kelas , dan Badan Pencegahan Jenayah. Watikah Pelantikan ini disampaikan oleh EN.ZULHEMAY B MOHD JIDIN selaku Penolong Kanan Penyelia Petang.










Diharap Para Pengawas Pusat Sumber yang dilantik menjalankan tugas dengan penuh amanah dan menjadi contoh yang baik dan dikagumi pelajar lain.

sekian,

"KUALITI DALAM BERBAKTI"

Monday, February 7, 2011

Watikah Pelantikan Pemimpin 2011 (Sesi Pagi)



Pada 17 Januari 2011 (Isnin) di Dataran Wawasan SMKJR bermula jam 7.30 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan & Lafaz Ikrar Barisan Pemimpin Pelajar yang menggabungkan 10 badan iaitu Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Koperasi, Pengawas Sekolah, Pengawas Surau, Pengawas SPBT, Pengawas PPKI, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Surau, Badan Pengurusan Kelas, Badan Pencegah Jenayah dan Quarter Master.


Barisan Pengawas Pusat Sumber telah diketuai oleh Nur Hamizah binti Raihan. Beliau memegang jawatan Naib Pengerusi iaitu jawatan kedua tertinggi dalam Ahli Majlis Tertinggi,Pengawas Pusat Sumber.Watikah Pelantikan ini disampaikan oleh Pn. Rosny binti Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Lafaz ikrar barisan pemimpin pelajar pula telah diketuai oleh Shahaizat bin Ahmad, wakil Pengawas sekolah.


Diharapkan barisan pemimpin ini akan menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

"KUALITI DALAM BERBAKTI"